2 Filem Yang Menarik Untuk Ditonton



Haaa !! Yaya update blog malam ni sebab Yaya takde kerja /peace/
Malam ni Yaya nak update cerita animasi atau lebih dikenali kartun . ahaha .. Sebenarnya saja-saja je Yaya post ni . Bukan la wajib sangat nak ditonton . hahaha ! Yaya ni dari dulu memang minat cerita animasi terutamanya dari Century Fox. Best . Korang minat juga tak macam Yaya ?? Tinggalkan komen kat bawah tu . Bagitau Yaya apa cerita animasi yang korang minat . Yaya will looking forward for that . Ok . Dh panjang sangat intro ni . Mesti korang bosan baca kan . haha. Entri ni panjang tau .. Selamat Membaca !! ^_^



Arthur and The Invisible World 2 : The Revenge Of Maltazard

Yaya pilih animasi ni sebab watak dia sama dengan nama adik kesayangan Yaya .. haha .. Ini filem yang kedua. Cerita ini ada 3 kesemuanya . Versi 1 , Arthur and The Invisible World : The Minimoys . Versi 2 yang ni dan versi yang terakhir adalah Arthur and Invisible World : The New Minimoys World .  Paling Yaya minat versi yang kedua . Versi yang kedua ni , jalan cerita dia sempoi je . Kadang-kadang tu ada babak lucu dan ada juga babak berperang .
Cerita bermula apabila tuan tanah yang Arthur (yang rambut putih) dan sekeluarga tinggal minta Nenek Arthur bayar geran tanah dalam masa 24 jam . Kalau tak bayar , nanti rumah mereka kena roboh then buat highway . Arthur tinggal bersama dengan nenek je . Tak ada sibling. Atok Arthur dah hilang ke dalam Invisible world . Satu hari , Arthur jumpa buku diari atok dia tulis. Atok dia kata ada harta karun di dalam invisible world . So, Arthur pun masuk ke dalam invisible world untuk selamatkan rumah mereka . Dalam invisible world tu , Arthur jadi minimoys macam dalm poster tu . Sebelumnya , Arthur manusia biasa. Macam-macam halangan Arthur dapat termasuk kena tangkap dengan Maltazard . Nak tau ending dia macam mana ? Kena la tonton sendiri .

Ni la yang nama dia Maltazard tu.



Charlie and The Chocolate Factory
Yaya pilih filem ni sebab filem ni ada banyak pengajaran yang boleh didapati . Setakat ni , ni la filem yang paling best Yyang saya pernah tonton . Yaya pilih ni juga sebab saya suka makan coklat dan minat kumpulan Cokcolat . ahahah .
Filem ni pasal budak yang bernama Charlie (budak yang depan lelaki berbaju merah) yang teringin untuk join dalam menjelajah kilang Coklat Willy Wonka . Kilang Coklat Willy Wonka tu dimiliki oleh Willy Wonka (lelaki yang berbaju merah) . Apa yang pelik , kilang tu masih beroperasi walaupun tak ada orang pernah kerja kat situ dan Willy Wonka pun tak pernah keluar . Cuma ada 5 golden tiket yang telah dipek dan diedarkan di seluruh dunia. Charlie nak beli coklat Willy Wonka  tapi keluarga Charlie miskin . Lagipun mereka hari-hari makan sup kobis je . Ketika Charlie jalan-jalan di depan kilang coklat tu , Charlie terjumpa duit dan Charlie terus beli coklat dengan duit tu then Charlie dapat golden tiket. 4 lagi budak yang dapat adalah Violet (yang makan chewing-gum) , Mike (budak yang kurus) , Augustus (budak yang makan coklat) dan Veruca Salt (budak perempuan kat bawah Mike) . Nak tau macam mana mereka dapat golden tiket dan apa yang berlaku kepada mereka, tonton la sendiri .


Ni la golden tiket tu . Yang ni Augustus punya .

Ok la. Ni je Yaya nak update . Penat pula jari saya nni menaip . haha. Btw , jangan lupa komen filem kegemaran korang . Nanti boleh la Yaya tonton dan postkan kat blog . Bye !

No comments:

Post a Comment