File Animasi Yang Terbaru Dikeluarkan !!


Hi ! Ok , hari ni update awal sikit sebab malam nanti Yaya ada event nak dihadiri . So , tadi Yaya jalan-jalan kat The Spring , Kuching . Masa jalan-jalan tu , ternampak iklan tv filem animasi tu kat dalam kedai tu . So , Yaya pun tanya kat owner kedai tu . Dia ada bagi details la serba sedikit pasal cerita tu . Apa lagi , terus booking DVD tu . Tak sabar . Tapi , DVD tu masih pre-order. T_T


Khumba
Ni la filem yang Yaya maksudkan tu . Filem ni baru release semalam . November 6th 2013 . Belum ada kat pawagam . Owner tu kata , dalam bulan Januari atau Februari DVD dia sampai kat Malaysia . Masa Yaya tengok trailer dia , cerita tu memang best . Trailer dia best . Gempak gitu . hahah. Filem dia sama macam filem Madagascar . Tapi kisah dia lain sedikit. Kat bawah ni details yang owner kedai tu bagi . Yaya pun catat la . Khumba ni telah lama dikeluarkan di Afrika tapi masuk ke pasaran seluruh dunia tu berperingkat-peringkat .
Kudang belang tu nama dia Khumba . Ada sekor lagi kuda belang perempuan nama dia Tombi . Korang boleh tengok rupa dia kat trailer bawah nanti. Ada banyak lagi kawan Khumba ni . Macam Jock , Nigel , Thabo , Seko , Themba , Lungisa , Mkhulu , Fifi , Zuki , dan banyak lagi. Kawan dia yang lain adalah  Skalk seekor anjing liar , Mama V seekor selandang (seladang ap ntah . kerbau ?) , Bradley seekor burung unta dan banyak lagi .. Owner tu tak bagi nama haiwan dua ekor yang hampir jatuh tu . ahah .
Sinopsis dia , owner kedai tu cakap laju . Tak sempat tulis. Sama-sama kita tunggu filem dia ok . Kat bawah ni trailer dia. Boleh tonton .


Dah tonton ? Mana babak kegemaran korang ? 
Yaya punya masa 1:13 .. 
Lucu .. ahaha

Ok la. Ni je Yaya nak update . Nak bersiap . Bye-bye !!. Esok Yaya akan update lagi . :)

Filem Barbie Akan Datang



Hi ! Malam ni , saya nak update pasal cerita yang girly sikit. hahaha . Cerita Barbie.Perempuan biasa la tengok cerita princess macam ni . haha .. Seingat Yaya , filem Barbie yang terbaru (tak la terbaru sangat) ialah Barbie Mariposa and The Fairy Princess . Dah tengok tak cerita tu ? Filem tu keluar dalam bulan September-November. Tak ingat dah . Kalau nak tengok , boleh beli DVD atau search kat mana-mana tapak video . hahaha.. Ok . Tak payah cerita panjang . Jom start !


Barbie:The Pearl Princess
Ni la cerita Barbie yang akan datang. Tengok nama pun mesti terbayangkan yang Barbie tu jadi puteri yang menjaga mutiara ataupun puteri tu adalah mutiara macam dalam poster tu . Sebenarnya tu bukan official poster. Poster official dia belum keluar lagi . Filem ni dijangka akan dikeluarkan pada musim panas 2014 . Masa korek-korek kat website Barbie tadi , dia kata 17 Februari 2014 dan akan berada di pawagam UK pada Mac . Lama lagi la nak sampai kat Malaysia. Menurut official trailer , duyung tu bernama Lumina dan kuda laut tu bernama  Kuda . Lumina ni dia perwatakan dia adalah royalty . Kuasa dia boleh menukar warna mutiara di laut . Dia juga membantu menghias rambut di Mermaid Saloon . Setakat ni , tu je info yang Yaya dapat . Korang boleh tonton trailer dia kat bawah .



Bawah ni adalah senarai filem Barbie yang akan dan akan dan akan datang . hahaha
  • Barbie : The Pearl Princess (Musim Panas 2014)
  • Barbie and The Secret Door (Musim Luruh 2014)
  • Barbie : Princess Power (Musim Sejuk 2014)
  • Barbie and The Super Fairies (2015)
  • Barbie : The Popstar In Hollywood (2015)
  • Barbie and Her Sister In A Reindeer Sleigh (2015)
  • Barbie In The White Mansion (2016)
  • Barbie In The Alien Invasion (2016)
  • Barbie In The Clouds Of Egderbus (2017)
  • Barbie : The Mexican Princess (2017)
  • Barbie and The Magical Robe (2018)
  • Barbie and Her Sister In Hollywood Camp (2018)
Semua senarai di atas adalah telah disahkan dan akan dikeluarkan nanti . Nanti Yaya akan update lagi . Ok !

2 Filem Yang Menarik Untuk Ditonton



Haaa !! Yaya update blog malam ni sebab Yaya takde kerja /peace/
Malam ni Yaya nak update cerita animasi atau lebih dikenali kartun . ahaha .. Sebenarnya saja-saja je Yaya post ni . Bukan la wajib sangat nak ditonton . hahaha ! Yaya ni dari dulu memang minat cerita animasi terutamanya dari Century Fox. Best . Korang minat juga tak macam Yaya ?? Tinggalkan komen kat bawah tu . Bagitau Yaya apa cerita animasi yang korang minat . Yaya will looking forward for that . Ok . Dh panjang sangat intro ni . Mesti korang bosan baca kan . haha. Entri ni panjang tau .. Selamat Membaca !! ^_^



Arthur and The Invisible World 2 : The Revenge Of Maltazard

Yaya pilih animasi ni sebab watak dia sama dengan nama adik kesayangan Yaya .. haha .. Ini filem yang kedua. Cerita ini ada 3 kesemuanya . Versi 1 , Arthur and The Invisible World : The Minimoys . Versi 2 yang ni dan versi yang terakhir adalah Arthur and Invisible World : The New Minimoys World .  Paling Yaya minat versi yang kedua . Versi yang kedua ni , jalan cerita dia sempoi je . Kadang-kadang tu ada babak lucu dan ada juga babak berperang .
Cerita bermula apabila tuan tanah yang Arthur (yang rambut putih) dan sekeluarga tinggal minta Nenek Arthur bayar geran tanah dalam masa 24 jam . Kalau tak bayar , nanti rumah mereka kena roboh then buat highway . Arthur tinggal bersama dengan nenek je . Tak ada sibling. Atok Arthur dah hilang ke dalam Invisible world . Satu hari , Arthur jumpa buku diari atok dia tulis. Atok dia kata ada harta karun di dalam invisible world . So, Arthur pun masuk ke dalam invisible world untuk selamatkan rumah mereka . Dalam invisible world tu , Arthur jadi minimoys macam dalm poster tu . Sebelumnya , Arthur manusia biasa. Macam-macam halangan Arthur dapat termasuk kena tangkap dengan Maltazard . Nak tau ending dia macam mana ? Kena la tonton sendiri .

Ni la yang nama dia Maltazard tu.



Charlie and The Chocolate Factory
Yaya pilih filem ni sebab filem ni ada banyak pengajaran yang boleh didapati . Setakat ni , ni la filem yang paling best Yyang saya pernah tonton . Yaya pilih ni juga sebab saya suka makan coklat dan minat kumpulan Cokcolat . ahahah .
Filem ni pasal budak yang bernama Charlie (budak yang depan lelaki berbaju merah) yang teringin untuk join dalam menjelajah kilang Coklat Willy Wonka . Kilang Coklat Willy Wonka tu dimiliki oleh Willy Wonka (lelaki yang berbaju merah) . Apa yang pelik , kilang tu masih beroperasi walaupun tak ada orang pernah kerja kat situ dan Willy Wonka pun tak pernah keluar . Cuma ada 5 golden tiket yang telah dipek dan diedarkan di seluruh dunia. Charlie nak beli coklat Willy Wonka  tapi keluarga Charlie miskin . Lagipun mereka hari-hari makan sup kobis je . Ketika Charlie jalan-jalan di depan kilang coklat tu , Charlie terjumpa duit dan Charlie terus beli coklat dengan duit tu then Charlie dapat golden tiket. 4 lagi budak yang dapat adalah Violet (yang makan chewing-gum) , Mike (budak yang kurus) , Augustus (budak yang makan coklat) dan Veruca Salt (budak perempuan kat bawah Mike) . Nak tau macam mana mereka dapat golden tiket dan apa yang berlaku kepada mereka, tonton la sendiri .


Ni la golden tiket tu . Yang ni Augustus punya .

Ok la. Ni je Yaya nak update . Penat pula jari saya nni menaip . haha. Btw , jangan lupa komen filem kegemaran korang . Nanti boleh la Yaya tonton dan postkan kat blog . Bye !

For The First Time !


Hello ! Ni first time Yaya pakai blog . Walaupun kat credit section tu 100% Yaya design tapi yang letak kod yang memeningkan tu semua adik Yaya yang tolong.

Ok .Sebelum tu , Yaya nak perkenalkan diri Yaya . Nama saya adalah Alliysia McLaren Lee . Nama samaran Yaya . Saya berumur 21 tahun dan masih belajar.First rasa macam nak berblog tu bila tengok adik Yaya 24 jam asyik tengok blog . Mula-mula tu rasa pelik juga tengok adik aku tu .. Apala yang best sangat . So , lama-lama tu macam best pula . Lagipun Yaya selalu balas message kat cbox dia masa dia tak ada ataupun sibuk . Yaya pun minta dia buatkan untuk Yaya . 

Yaya masih tak tau lagi apa yang Yaya nak kongsikan kat sini . Kalau korang singgah tu , jangan lupa suggestkan ye . Yaya pun masih baru lagi kat blog. Kod-kod tu pun adik Yaya dah ajarkan sikit-sikit .

Haaa ! Lagi satu , Yaya ni K-poper juga mcam adik Yaya .. ahahha .. Yaya minat Infinite dan bias Yaya adalah Myungsoo . Walaupun Yaya ada terbaca yang Myungsoo ada scandal , Yaya tetap setia dengan Myungsoo .. hahaha . Ahli yang lain pun boleh juga .. XD

Ok la. Ni je Yaya nak taip dan bagitau . Esok , kalau Yaya ada masa , Yaya akan buat entri lagi . Sehingga berjumpa lagi !!